Di tengah-tengah tentera melakukan rondaan di jalan-jalan terbiar di ibu negara Bangladesh Dhaka, kerajaan mengarahkan semua pejabat dan institusi ditutup selama dua hari selepas mendapati 144 orang terbunuh minggu ini semasa protes diketuai pelajar terhadap kuota kerja kerajaan berlaku.
Diperjelaskan lebih lanjut, kerajaan Perdana Menteri Sheikh Haslina mengisytiharkan Ahad dan Isnin sebagai cuti umum susulan keadaan di negara tersebut tetapi perlu diketahui hanya perkhidmatan kecemasan dibenarkan beroperasi.
Selain internet dan perkhidmatan mesej teks di Bangladesh digantung sejak Khamis, panggilan telefon luar negara kebanyakannya juga gagal disambungkan manakala laman web organisasi media berpangkalan di Bangladesh tidak dikemas kini dan akaun media sosialnya kekal tidak aktif.
Penutupan internet membawa makna ramai orang tidak dapat menambah meter elektriknya sehingga menyebabkannya tidak mempunyai kuasa malah polis melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan melontar bom tangan bunyi.
Menurut hospital di seluruh Bangladesh, pertempuran itu telah mencederakan ribuan orang dan Hospital Kolej Perubatan Dhaka menerima 27 mayat antara jam 5 petang dan 7 malam pada Jumaat lepas.
Rakaman TV menunjukkan tentera telah membuat sekatan jalan raya dan kubu menggunakan beg pasir merentasi lokasi strategik Dhaka sementara mereka yang keluar harus diperiksa kad pengenalan oleh anggota tentera di pusat pemeriksaan.
Di daerah tengah Bangladesh Narsingdi, penunjuk perasaan menyerbu sebuah penjara pada Jumaat lepas kemudian membebaskan lebih 850 banduan serta membakar kemudahan tersebut.
Jumlah kematian yang semakin meningkat adalah dakwaan mengejutkan tentang sikap tidak bertoleransi mutlak yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Bangladesh untuk memprotes dan membantah, ulas timbalan pengarah serantau untuk Asia Selatan di Amnesty International Babu Ram Pant.