Dagangan emas dibuka agak mendatar pada sesi awal Asia pagi tadi. Walau bagaimanapun, harga emas dilihat naik pada penghujung minggu lepas disebabkan oleh data Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS yang tidak ketara dan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.
Emas didagangkan pada paras $2,045 dengan penurunan sebanyak 0.01% berbanding minggu lepas.
Pada hari Jumaat, Indeks Harga Pengeluar (PPI) bagi Disember meningkat sebanyak 0.1% pada tahunan daripada bulan November iaitu 0.8% dan ia masih di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.3%.
Bagi data PPI Teras pula, ia meningkat sebanyak 1.8% pada bulan Disember daripada bacaan sebelumnya iaitu 2.0% dan berada di bawah konsensus pasaran sebanyak 1.9%. Laporan itu tidak berubah untuk bulan ketiga berturut-turut.
Data laporan PPI itu membuktikan beberapa tanda deflasi yang dapat meningkatkan keyakinan pasaran berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada Mac nanti.
Para pelabur menetapkan sasaran dalam 74.2% dalam penurunan nanti berbanding sebelum ini iaitu 70%. Situasi ini akan terus memberi tekanan kepada mata wang dolar AS dan menerapkan kelebihan buat harga emas.
Selain, kenaikan harga emas terkini juga disebabkan oleh berlakunya ketegangan politik yang semakin meningkat. Amerika Syarikat dan United Kingdom bertindak untuk melancarkan serangan terhadap kumpulan Houthi di Yaman minggu lalu.
Serangan itu merupakan tindak balas terhadap tindakan mereka dalam menyerang kapal-kapal komersial yang berlayar di Laut Merah. Joe Biden dan sekutunya memberi amaran kepada kumpulan yang disokong Iran itu bahawa mereka akan menanggung akibatnya.
Pada hari ini, tiada data ekonomi AS diterbitkan disebabkan cuti bank bersempena sambutan Hari Kelahiran Martin L. King dan menyebabkan sentimen berisiko akan kekal menjadi pemacu utama dalam pergerakan harga emas.
Minggu ini, pasaran akan terus memberi perhatian pada Indeks Pembuatan Empire State New York pada Selasa, Jualan Runcit pada hari Rabu dan laporan Indeks Sentimen Pengguna Michigan pada hujung minggu, Jumaat.