“Agaknya memecoin katak apa lagi yang akan memacu tinggi lepas ni?”
Tanpa disedari, salah satu memecoin bertemakan katak dipanggil Brett (BRETT) akhirnya berjaya mencapai paras tertinggi sepanjang masa melebihi $0.14 sejurus selepas bursa mata wang kripto KuCoin memperkenalkan pasangan dagangan BRETT/USDT.
Bukan itu sahaja, KuCoin turut menawarkan pemberian 1.2 juta BRETT bagi meraikan inisiatif tersebut di mana para pengguna akan menerima sejumlah token sebagai ganjaran untuk setiap jemputan yang mereka bawa.
Suka dimaklumkan pelabur kripto menggunakan pemegang STASHER yang membayangkan bull run BRETT masih belum sampai ke penghujungnya telah meramalkan memecoin itu akan mencecah $0.20 sebelum buat pembetulan harga.
Menurut penganalisis kripto terkemuka Andrew Kang, BRETT telah menunjukkan kekuatan ketara dan ini membawa makna harganya mampu mencapai paras tersebut dalam masa terdekat ini sementara Crypto Rover pula berjaya menghasilkan keuntungan besar dalam BRETT pada minggu lalu.
Namun perlu diketahui BRETT bukanlah satu-satunya memecoin yang menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini susulan Pepe (PEPE), Floki Inu (FLOKI) dan banyak lagi token PolitiFi telah melihat kenaikan yang mengagumkan.
Memang tidak dinafikan memecoin dapat menawarkan peluang kepada trader untuk menjana keuntungan besar dalam tempoh singkat, tetapi berurusan dengan memecoin juga boleh membawa kerugian mengerikan akibat daripada pergerakan turun naik yang laju.
Setakat penulisan ini, harga BRETT melonjak sebanyak 17.99% pada paras $0.14 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 59.49% sepanjang minggu lepas dan lebih 300% dalam sebulan.