Dagangan pembukaan awal minggu semalam suram dengan melihatkan pergerakan bagi mata wang US dolar agak mendatar.
Namun, momentum positif masih ada buat raja mata wang itu selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lepas menunjukkan angka yang kukuh bagi bulan September.
Namun, kekurangan data-data ekonomi tumpuan di awal minggu ini dijangka akan memperlahankan kerancakan pasaran sebelum data-data penting seperti inflasi AS diterbitkan di penghujung minggu.
Jika dilihat pada pergerakan mata wang EUR/USD Isnin semalam, harga mendatar sepanjang hari bermula dari sesi Asia sehingga ke penutup sesi New York.
Tidak melanjutkan penurunan melepasi paras terendah pada Jumaat lalu yang mencecah 1.09500, harga sekadar mendatar di bawah zon 1.1000 sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Namun, trend dilihat kekal bearish melihatkan harga masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Jangkaan masih memihak untuk US dolar menyambung pengukuhannya dan harga bakal melanjutkan penurunan ke paras terendah terbaru.
Sasaran terhampir harga adalah untuk menuju zon tumpuan sekitar 1.09000 setelah kali terakhir harga menjejaki paras itu adalah pada dagangan 8 Ogos lalu.
Sementara, kenaikan harga yang berjaya melepasi halangan MA50 dan paras 1.10000 boleh memberi isyarat awal bagi perubahan semula trend.
Untuk kenaikan yang berjaya diteruskan selepas itu, zon 1.11000 dilihat akan menjadi kawasan penting bakal diuji harga sebelum arah pergerakan seterusnya dinilai berdasarkan reaksi yang dipaparkan.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW