“Tesla dapat laporan menyedihkan, Google pula yang mengembirakan. Haih nampak gayanya Elon Musk kena usaha lagilah.”
Di luar jangkaan penganalisis, margin suku kedua Tesla meleset apabila pelaksanaan pemotongan harga serta insentif bagi merangsang permintaan yang merudum terus menjejaskan keuntungan sementara firma gergasi kenderaan elektrik tersebut.
Dilaporkan, Tesla merekodkan margin kasar automotif tidak termasuk kredit kawal selia sebanyak 14.65% pada suku kedua berbanding anggaran 16.29% dan ini merupakan margin suku tahunan terendah dalam tempoh lima tahun.
Pada Selasa semalam, pendapatan Tesla adalah $25.50 bilion bagi tiga bulan berakhir Jun 2024 berbanding $24.93 bilion setahun sebelumnya sementara penjualan kredit kawal selia Tesla pula meningkat hampir tiga kali ganda pada $890 juta pada suku kedua.
Menurut Tesla lebih lanjut dalam satu kenyataan, rancangan untuk kenderaan baharu termasuk model yang lebih mampu milik mungkin akan memulakan pengeluaran pada separuh pertama 2025.
Namun situasi berbeza bagi firma induk Google iaitu Alphabet yang berjaya mengatasi anggaran hasil dan keuntungan suku kedua pada 23 Julai 2024 yang didorong oleh peningkatan dalam jualan pengiklanan digital dan permintaan yang sihat untuk perkhidmatan pengkomputeran cloud.
Keputusan Alphabet menekankan permintaan teguh untuk iklan digital yang dipengaruhi oleh acara seperti Sukan Olimpik Paris dan pilihan raya di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) manakala pemulihan dalam perbelanjaan sedang meningkatkan perniagaan software.
Suka dimaklumkan jualan pengiklanan yang merupakan sumber pendapatan utama Alphabet meningkat 11% pada $64.6 bilion sementara pendapatan bersih pada suku berakhir 30 Jun 2024 melonjak 28.6% pada $23.6 bilion mengatasi anggaran purata $22.9 bilion.