Debaran semakin meningkat pada pembukaan dagangan September apabila mesyuarat FOMC yang dinantikan hampir tiba setelah berbulan-bulan lamanya persoalan berkenaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) berlegar-legar dalam pasaran.
Sentimen pasaran dilihat berisiko dengan penjualan besar-besaran turut berlaku pada pasaran saham global.
Pasaran mata wang turut terkesan dengan mata wang berisiko tinggi seperti dolar Australia pamerkan kejatuhan nilai lebih jelas semalam.
Sebelum ini, dolar Australia bergerak baik berbanding US dolar sebelum pergerakan harga mula setara dan mendatar pada minggu lalu.
Jika diteliti pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga yang mendatar sepanjang minggu lalu di zon 0.68000 mula ditekan jatuh minggu ini.
Penurunan harian sekitar 100 pips pada Selasa semalam menyaksikan harga dari zon 0.68000 telah menjunam ke zon 0.67000 setakat dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).
US dolar jika didagangkan baik pada minggu ini berkemungkinan akan menambahkan lagi tekanan buat dolar Aussie.
Namun, beberapa data penting melibatkan komponen pekerjaan boleh mencetuskan reaksi pergerakan tak menentu menuju dagangan ke penghujung minggu.
Pergerakan harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD memberi isyarat kecenderungan trend bearish buat harga.
Sekiranya harga melanjutkan penurunan lebih rendah di bawah zon 0.67000, paras sekitar 0.66000 dilihat menjadi sasaran untuk dituju.
Namun jika lantunan kukuh harga berlaku semula, halangan MA50 bakal diuji sebelum kenaikan yang diteruskan akan memberi isyarat bagi pertukaran trend.
Seterusnya, zon 0.68000 menjadi tumpuan sebagai rintangan untuk ditembusi selepas turut diuji sepanjang dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG