US dolar yang gagal mengukuh selepas minit mesyuarat FOMC diterbitkan pada awal pagi tadi telah memberi ruang untuk Pound untuk paparkan prestasi yang lebih baik.
Pound dilihat paparkan pemulihan sederhana pada minggu ini selepas mengharungi gelora minggu lalu berdepan data-data tumpuan bank pusat termasuk pekerjaan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi UK.
Hari ini tumpuan akan diberikan pada laporan PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK dan AS yang akan mempengaruhi pergerakan Pound dan US dolar.
Meneliti carta pasangan mata wang GBP/USD, harga mendatar di atas zon 1.26000 semalam selepas gagal meneruskan lonjakan yang berlaku pada dagangan Selasa lalu.
Reaksi suram sehingga ke penghujung sesi New York melihatkan harga meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk mencadangkan trend yang kekal bullish.
Kenaikan harga jika diteruskan hari ini melepasi ketinggian pada Selasa lalu sekitar 1.26700 akan menguji pula paras tumpuan pada 1.27000.
Seterusnya, pergerakan bullish yang lebih jelas boleh mendorong harga hingga menuju ke zon 1.28000.
Sementara, ramalan untuk pergerakan menurun harga pula jika berlaku dilihat akan menguji paras 1.26000 yang dilihat sebagai support buat harga ketika ini.
Tembus ke bawah melepasi paras tersebut boleh mendorong harga ke paras-paras tumpuan minggu lalu sekitar 1.25400.
Seterusnya, zon support utama pada 1.25000 akan jadi sasaran untuk diuji pada corak penurunan yang diteruskan harga.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG