Harga Bitcoin mencapai paras tertinggi beberapa minggu semalam sekitar $66,600 sebelum ditolak turun sekitar seribu dolar namun kembali didagangkan pada paras $66,000 setakat ini.
Beberapa altcoin telah meneruskan kenaikan baru-baru ini, dengan LINK mengambil perhatian utama selepas lonjakan besar sebanyak 18%.
Mata wang kripto utama ini mengalami penghujung minggu yang sukar pada awalnya apabila ia turun ke paras hanya sedikit di atas $60,000. Sebaliknya daripada jatuh di bawah angka tersebut, aset kripto utama ini melantunbpada hari Isnin.
Para pemain pasaran kembali mendorong harga sehingga memulakan kenaikan yang mengagumkan pada permulaan minggu ini dan membawa bitcoin ke paras lebih $63,000. Pada mulanya paras tersebut gagal ditawan sehingga mendorong harga BTC turun ke $61,200 akibat beberapa isu di Coinbase, tetapi kembali membuat kebangkitan pada hari Rabu selepas Amerika Syarikat mengumumkan angka CPI untuk bulan April.
Pada hari Rabu dan Khamis pula terdapat sentimen aliran masuk Bitcoin ETF spot yang terus meningkat, harga BTC melonjak ke paras tertinggi tiga minggu lebih pada paras $66,500. Aset ini sedikit menurun semalam tetapi telah melonjak kembali di atas $66,000 setakat ini di tengah-tengah hari keempat berturut-turut aliran positif ke dalam ETF.
Nilai pasaran BTC kekal sedikit di atas $1.3 trilion, tetapi dominasi ke atas altcoin telah mengalami penurunan dan kini berada pada 51.7%. Kebanyakan altcoin didagangkan kukuh seiring dengan peningkatan harga bitcoin. Waima begitu altcoin seperti BNB, DOGE, TON, TRX, dan SHIB, kini sedikit didagangkan dalam zon merah.
Ethereum dan Ripple meningkat sebanyak 0.5-1%. Lebih banyak keuntungan datang daripada SOL, ADA, AVAX, DOT, BCH, HBAR, dan ICP. Bagaimanapun, Chainlink telah mencuri perhatian daripada altcoin yang bermodal besar. LINK telah melonjak lebih daripada 18% dalam sehari yang lalu dan kini didagangkan di atas $16.
Jumlah nilai pasaran kripto kekal agak stabil pada skala harian pada lebih sedikit $2.5 trilion menurut CG.