“Haih nampak gayanya pergerakan BTC minggu ini akan terus bergerak mendatar je ke?”
Currency king price crypto Bitcoin (BTC) masih kekal didagangkan di bawah $44,452 biarpun terbitan data pekerjaan (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi Disember 2023 pada Jumaat lepas adalah lebih tinggi 216,000 daripada jangkaan 170,000.
Even so, kadar pengangguran tetap tidak berubah pada 3.7% dan laporan perkerjaan kukuh mengakibatkan penurunan dalam harga aset berisiko seperti kripto, tetapi BTC mungkin selamat daripada penjualan berpanjangan disebabkan potensi jangkaan kelulusan spot BTC ETF.
Hal ini kerana Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mungkin bakal meluluskan lebih sedozen permohonan spot BTC ETF dalam beberapa hari akan datang, jadi pasaran kripto dijangka tidak terjejas susulan laporan NFP itu.
Sementara itu, turut mencuri tumpuan adalah isu berkenaan pengguna BTC tidak dikenali yang memindahkan 26.9 aset digital itu bernilai $1.17 juta kepada wallet genesis iaitu wallet pertama pada rangkaian BTC yang ditubuhkan oleh Satoshi Nakamoto.
Jumlah tersebut dihantar dari wallet dikosongkan ke wallet genesis disertai yuran transaksi $100 dan perlu diketahui pembiayaan awal wallet itu melibatkan pemindahan dana daripada tiga wallet pada 12 yang lain.
Menurut Conor Grogan, seorang pengarah di Coinbase berpandangan bahawa transaksi itu adalah sama ada Nakamoto ‘terjaga’ dan mendepositkan BTC daripada Binance atau seseorang membakar lebih $1 juta.
Suka dimaklumkan transaksi baru-baru ini telah meningkatkanbaki semasanya pada 99.67 BTC bernilai kira-kira $4.3 juta.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.63% pada paras $43,816 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $858 bilion tetapi masih mencatatkan kenaikan 3.15% sepanjang minggu lepas.