Pagi tadi, Ringgit Malaysia (RM) alami penurunan tidak ketara berbanding dolar AS pada permulaan sesi dagangan hari ini apabila berlakunya perubahan dalam jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Ia disebabkan oleh ramai pelabur meramal akan berlakunya penurunan pada data inflasi AS.
Tepat jam 11 pagi tadi, ringgit teruskan kenaikannya pada paras 4.6490 berbanding dolar AS daripada ia ditutup sekitar 4.6495 semalam.
Pada minggu ini, laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) pada Disember akan terus memberikan petunjuk tentang seberapa banyak jangkaan Fed dalam pemotongan kadar faedah tahun ini.
Bank pusat AS itu berkemungkinan besar akan mengurangkan kadar faedahnya dalam beberapa bulan akan datang jika data inflasi terkini menunjukkan penurunan.
Sementara itu, ringgit dibuka rendah berbanding beberapa kumpulan mata wang utama dunia.
Ia merosot sedikit berbanding pound Britain kepada 5.9221 daripada 5.9025, turun juga berbanding euro kepada 5.0864 dan yen Jepun kepada 3.2234 pada hari ini.
Mata wang tempatan itu juga dibuka agak bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ringgit lebih kukuh berbanding peso Filipina kepada 8.34 dan rupiah Indonesia kepada 299.0 daripada semalam. Ia juga turut merosot sedikit berbanding baht Thailand kepada 13.3056 dan dolar Singapura kepada 3.4954 semasa sesi dagangan pagi ini.