Walaupun perlahan, namun carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada awal minggu semalam masih berjaya mengekalkan corak kenaikannya.
Menyambung kenaikan yang dipaparkan pada minggu lalu, harga berjaya untuk kekal di atas paras 1.27000 semalam.
Pergerakan US dolar yang masih bercampur-campur pada Isnin semalam kekal memberikan ruang untuk Pound paparkan prestasi positifnya.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dan UK akan diterbitkan pada Rabu dan bakal mempengaruhi kedua-dua mata wang itu.
Seterusnya, data pertumbuhan ekonomi AS suku keempat 2023 akan menjadi tumpuan pada Khamis yang akan memacu arah pergerakan US dolar di penghujung minggu.
Pada carta GBP/USD, masih lagi pelabur melihat isyarat pergerakan bullish harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan bertahan di atas paras 1.27000.
Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan sekiranya corak semasa berjaya dikekalkan untuk harga mengatasi paras ketinggian semalam sekitar 1.27300.
Seterusnya, kenaikan yang diteruskan akan mensasarkan untuk menuju ke zon rintangan 1.28000.
Sementara, penurunan harga di bawha paras 1.27000 dan melepasi sokongan MA50 akan menjadi isyarat bearish untuk permulaan penurunan harga yang bakal berlaku.
Penurunan yang dilanjutkan lebih rendah dijangka akan mencecah kembali paras yang diuji minggu lalu iaitu 1.26000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW