Harga minyak meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan keputusan OPEC+ untuk mengekalkan dasar pengeluaran minyaknya walaupun pergerakannya menunjukkan kerugian mingguan di saat ada laporan berkenaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Sementara itu, minyak mentah Brent naik 37 sen (0.5%) kepada $79.07 per tong dan West Texas Intermediate (WTI) naik 30 sen (0.4%) kepada $74.12 per tong.
Semalam, ada sumber mengatakan OPEC+ mengekalkan dasar pengeluaran minyaknya dan akan membuat keputusan pada Mac sama ada untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak secara sukarela atau tidak pada suku pertama.
Pertubuhan Ngara-negara Perngeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya melakukan pengurang pengeluaran sebanyak 2.2 juta tong sehari untuk suku pertama seperti yang diumumkan pada November.
Walau bagaimanapun, harga minyak mentah menuju ke arah kerugian mingguan kira-kira 5% kerana laporan yang tidak berasas berkenaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah mengehadkan keuntungan serta menyebabkan harga kontrak turun lebih 2% semalam.
Selain itu, kapal tangki minyak Rusia juga terus berlayar melalui Laut Merah tanpa diganggu oleh kumpulan Houthi.
Pertubuhan bersekutu Iran itu mengumumkan bahawa tentera lautnya telah menyerang sebuah kapal komersial British.