OpenAI telah menutup pusingan pembiayaannya yang telah lama ditunggu-tunggu pada penilaian $157 bilion termasuk $6.6 bilion yang diperoleh syarikat itu daripada firma pelaburan dan syarikat teknologi besar.
Walaupun OpenAI tidak menamakan pelabur dalam siaran akhbar hari Rabu, sumber melaporkan pusingan yang diketuai oleh Thrive Capital termasuk penyokong sedia ada Microsoft, Nvidia, Softbank dan lain-lain.
Thrive merancang untuk melabur $1 bilion dalam pusingan tersebut.
OpenAi mula meraih nama apabila mereka melancarkan ChatGPT pada akhir 2022 dan mencetuskan fenomena terbesar dalam industri teknologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan membawa konsep kecerdasan buatan generatif serta membuka jalan untuk berpuluh-puluh billion dolar pelaburan dalam infrastruktur AI.
Menurut kenyataan mereka, pembiayaan baharu akan membolehkan mereka menggandakan kepimpinan dalam penyelidikan AI sempadan, meningkatkan kapasiti pengiraan dan terus membina alat yang membantu orang ramai menyelesaikan masalah sukar.
Sementara itu, OpenAI telah menjana pendapatan $300 juta pada bulan lepas iaitu meningkat 1,700% sejak awal tahun lalu.
Syarikat itu menjangkakan untuk membawa masuk jualan $11.6 bilion tahun depan dengan peningkatan daripada $3.7 bilion pada 2024.
OpenAI kini mempunyai 250 juta pengguna aktif mingguan di ChatGPT dan terdapat 11 juta pelanggan ChatGPT Plus serta 1 juta pengguna perniagaan berbayar di ChatGPT.