Pasaran hartanah Malaysia mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh lima tahun pada separuh pertama 2024 melebihi anggaran momentum pada akhir tahun lepas.
Menurut laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024, Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) memaparkan jumlah nilai transaksi hartanah berjumlah RM105.65 billion dengan 198,906 transaksi pada separuh pertama.
Selain itu, jumlah urus niaga meningkat 8.0% manakala nilai urus niaga melonjak 23.8% berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI, Kashif Ansari berkata industri itu alami pemulihan daripada kelembapan sebelumnya.
Peningkatan ketara dalam bilangan dan nilai transaksi hartanah pada separuh pertama menunjukkan pasaran hartanah yang memberangsangkan.
Katanya lagi, pertumbuhannya dalam pasaran hartanah dipacu oleh ekonomi yang kukuh, inisiatif perumahan kerajaan, dan kemajuan dalam perdagangan infrastruktur.
Kesemua faktor ini membawa kepada pertumbuhan lebih cepat dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK), pekerjaan dan pendapatan isi rumah bagi rakyat Malaysia.
Menurut data NAPIC, subsektor kediaman terus menyumbang bahagian terbesar urus niaga hartanah pada separuh pertama 2024 dengan lebih satu perlima daripada urus niaga berlaku di Selangor.
Aktiviti pasaran kediaman menyaksikan peningkatan kecil sebanyak 6.1% dalam jumlah dengan jumlah 121,964 transaksi bernilai RM49.43 bilion meningkat 10.4% berbanding sebelumnya.
Selangor menyumbang volum dan nilai tertinggi kepada bahagian pasaran negara menguasai 22.3% volum iaitu 27,174 urus niaga dan 30.6% nilai yang RM15.15 billion.
Sementara itu, kediaman tidak terjual merosot apabila volum dan nilai susut sebanyak 12.3% dan 19.5% dengan sejumlah 22,642 unit tidak terjual yang bernilai RM14.24 bilion pada separuh pertama. – Business Times