Portfolio para pelabur kini menunjukkan semula penjualan niaga hadapan dan petroleum yang berkait dengan minyak mentah walaupun pasaran kini berdepan kebimbangan tentang pertumbuhan penggunaannya pada tahun 2024.
Jualan minyak mentah kini diagihkan secara kasar oleh NYMEX dan ICE sebanyak 63 juta di mana West Texas Intermediate berjumlah 33 juta dan Brent pula 30 juta.
Laporan mendedahkan berlakunya pengurangan jualan minyak gas di Eropah sebanyak 5 juta tong. Manakala, pembelian petrol AS pula bertambah 1 juta tong dan tiada perubahan dalam permintaan diesel.
Secara ringkasnya, hampir keseluruhan jualan minyak mentah dikaitkan dengan pembukaan posisi ‘short selling’ yang meningkatkan jumlah pasaran sebanyak 59 juta tong. Situasi pasaran berterusan selama 10 minggu sehingga 12 Disember dan ia terganggu selama dua minggu disebabkan oleh pembelian semula menjelang akhir tahun.
Kenaikan pengeluaran dari Brazil, Guyana dan kawasan eksploitasi Amerika Syarikat dijangka mencukupi untuk memenuhi pertumbuhan penggunaan pada tahun 2024.
Harga minyak semakin tinggi selepas tergelincir pada sesi sebelumnya apabila pemotongan harga Saudi Aramco menimbulkan kebimbangan mengenai pasaran yang lebih lemah.
Selain itu, terdapat jangkaan bahawa Arab Saudi dan rakan OPEC+ tidak mahu mengurangkan pengeluaran untuk meningkatkan harga secara mampan dalam jangka masa pendek.
Tindakan dalam mengurangkan pengeluaran hanya akan memberi kelebihan kepada daya saing para pengeluar dan menyerahkan lebih banyak bahagian pasaran.