US dolar mengalami pengukuhan pada hari Selasa, menjangkau 150 berbanding yen untuk pertama kalinya sejak November, selepas data menunjukkan inflasi AS meningkat lebih daripada yang dijangka pada bulan Januari, memperkuatkan jangkaan bahawa Federal Reserve akan mengekalkan kadar faedah pada bulan Mac.
Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat sebanyak 0.3% secara bulanan pada bulan Januari, di atas peningkatan 0.2% yang dijangka oleh pakaer ekonomi yang ditemubual oleh Reuters. Dari segi tahunan, ia meningkat sebanyak 3.1% berbanding pertumbuhan yang dijangka sebanyak 2.9%. Dolar melonjak ke 150.34 yen, tertinggi sejak November. Ia pada akhirnya meningkat 0.6% kepada 150.305 yen.
Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan kukuh 0.52% kepada paras dagangan 104.587.
Para pengguba Federal Reserve kemungkinan akan menunggu sehingga Jun sebelum mengurangkan kadar faedah. Para trader menjangkakan hal tersebut pada hari Selasa, selepas laporan menunjukkan inflasi pengguna didapati lebih tinggi daripada yang dijangka bulan lalu.
Pemain pasaran kontrak masa hadapan yang berkaitan dengan kadar dasar dasar Fed telah menolak jangkaan mereka untuk pengurangan kadar faedah lebih dalam dalam tahun itu selepas laporan Biro Statistik Buruh.