Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menunjukkan data yang bercampur memandangkan kebanyakan para pelabur masih lagi memerhati dan mengupas laporan pendapatan beberapa syarikat teknologi besar selain berwaspada menjelang pengumuman kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Niaga hadapan Dow jatuh 0.4%, manakala niaga hadapan S&P 500 dan Nasdaq 100 naik 0.2% dan 0.7%, masing-masing.
Dalam perdagangan lanjutan, saham Microsoft jatuh 2.7% walaupun catatan pendapatan dan hasil yang lebih baik daripada jangkaan berikutan kemerosotan pada cloud-computing mereka..
Sementara itu, AMD melonjak 7.6% pada keputusan suku tahunan yang kukuh, mengheret kecerdasan buatan AI Darling Nvidia 5% lebih tinggi.
Dalam dagangan biasa pada hari Selasa, indeks Dow naik 0.5%, manakala S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing turun 0.5% dan 1.28%.
Pergerakan tersebut berlaku apabila pelabur terus beralih tumpuan dalam kalangan syarikat teknologi Megacap di tengah-tengah keraguan terhadap kemampanan teknologi AI, dengan memfokuskan kepada sektor yang lebih tradisional pada ekonomi AS.
Pelabur kini menantikan lebih banyak laporan pendapatan dan data ekonomi pada hari Rabu, serta pengumuman dasar Fed pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.