Aktiviti perkhidmatan bagi zon Eropah dilihat mempunyai kebarangkalian bahawa ianya akan melemah lebih lanjut dalam beberapa suku akan datang disebabkan oleh kenaikan kadar faedah. Namun begitu impak ke atas sektor ini mungkin lebih sederhana berbanding dengan sektor pembuatan, demikian menurut satu kajian oleh Bank Pusat Eropah pada hari Selasa.
Sektor pembuatan EU ini telah berada dalam kemelesetan hampir sepanjang tahun 2023, sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan kadar ECB yang pesat, yang turut merupakan sebahagian daripada usaha bank pusat untuk mengawal inflasi yang melampau.
Namun, permintaan untuk perkhidmatan kekal agak kukuh, meningkatkan pertumbuhan keseluruhan dan secara tidak langsung menimbulkan persoalan untuk beberapa pihak, maklum ECB.
ECB meningkatkan kadar faedah daripada paras negatif kepada rekod tertinggi 4% dalam jangka masa hanya lebih dari setahun ketika lonjakan inflasi yang tidak dijangka melanda ekonomi. Kos inflasi yang telah menyebabkan segala jenis kos dari tenaga dan makanan hingga perkhidmatan meningkat.
Industri yang berorientasikan modal bertindak balas dengan cepat, iaitu seawal suku ketiga 2022, walaupun sektor perkhidmatan berhadapan sedikit cabaran. Waima begitu , ECB juga mencatatkan bahawa kesan keseluruhan penurunan dalam perkhidmatan kemungkinan akan lebih kecil.
“Goncangan dasar monetari mempunyai impak terhadap sektor pembuatan yang hampir dua kali lebih kuat dan kira-kira dua suku lebih cepat daripada impaknya terhadap sektor perkhidmatan,” tambah ECB