Token kripto Ripple atau lebih dikenali sebagai XRP telah merekodkan satu transaksi terbaru pemindahan keluar sebanyak 50 juta sejak ia dicipta pada tahun 2012.
Dompet itu diwujudkan pada awal pembangunan XRPL dan dibiayai dengan 500 juta XRP pada Februari 2013 yang merupakan sebahagian daripada peruntukan XRP kepada Pengerusi Ripple.
Sejak itu, dompet ini tidak memindahkan sebarang token kecuali 1 XRP pada Disember 2017.
Data rantairan mengesahkan transaksi mega itu berlaku pada Isnin, 16 September yang melibatkan 50 juta XRP bernilai $29.12 juta pada masa itu.
Sebelum ini, kes pergerakan dana yang melibatkan token XRP berlaku pada bulan Februari secara besar-besaran hasil daripada penggodaman yang mencuri 212 juta Ripple daripada dompet Chris Larsen.
Walau bagaimanapun, perpindahan baru-baru ini disahkan sendiri oleh Chris Larsen dan transaksi itu turut mendapat pengaktifan secara terus ke alamat tersebut.
Selepas pengaktifan, dompet Larsen memindahkan 50 juta XRP ke alamat berkenaan. Pada masa laporan ini dibuat, alamat penerima itu menyimpan token XRP dan sekaligus mengurangkan kebimbangan mengenai eksploitasi.
The Crypto Basic melaporkan bahawa Chris Larsen adalah salah satu daripada 88 eksekutif yang menyatakan sokongan ke atas calon presiden Kamala Harris pada pilihan raya akan datang dan ada spekulasi bahawa keluaran dana tersebut ada kaitan dengan aktiviti kempen.