“Macam inilah yang kita mahukan, perkembangan yang sangat positif.”
Tether, firma stablecoin terbesar memeterai perjanjian bersama aplikasi pembayaran mudah alih Oobit dan TON Foundation bagi mengubah industri pembayaran mata wang kripto yang membenarkan para pengguna memindahkan wang secara lancar serta mudah.
Baru-baru ini, Tether telah memperkenalkan stablecoin USDT dan XAUT pada blockchain TON yang akan memudahkan ahli ekosistem TON untuk berpindah antara mereka sekali gus memastikan proses transaksi yang cepat, selamat dan murah.
Sejurus selepas pelancaran itu membenarkan pengguna menghantar USDT melalui Telegram dan menggunakannya bagi pembayaran Tap kripto segera di Oobit, lebih $200 juta dalam USDT telah dikeluarkan pada blockchain TON.
Menurut Amram Adar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Oobit berkata aplikasinya menyediakan pengalaman kripto Tap & Pay yang pantas dan mudah di mana ia jamin pedagang dapat mata wang fiat biarpun pembayaran dibuat dalam USDT.
Suka dimaklumkan TON Foundation adalah organisasi bukan untung yang mempromosikan penggantian decentralized internet tradisional melalui teknologi blockchain yang memainkan peranan penting dalam kerjasama itu.
Melalui penyepaduan TON ke dalam ciri Tap & Pay Oobit, berjuta-juta boleh memiliki pengalaman on-and off-ramp* Web3 secara mudah yang turut akan mempercepatkan visi penggunaan kripto yang meluas.
*Proses pertukaran mata wang fiat (seperti dolar AS) untuk kripto
Sehingga berita ini ditulis, harga TOM masih mencatatkan junaman 2.05% pada paras $6.69 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $23 bilion seterusnya susut 2.37% sepanjang minggu lepas.