“Korang jangan pandang rendah dengan memecoin, mereka pun boleh tewaskan BTC tau.”
Memang Bitcoin (BTC) menguasai 53.1% dalam pasaran mata wang kripto, tetapi Wu Blockchain mendedahkan lebih 23 aset digital termasuk memecoin dan token utiliti berjaya mendahului BTC dari segi pulangan year-to-date (YTD).
Di bawah adalah senarai kripto teratas yang boleh mengatasi BTC di mana tiga tempat teratas diduduki oleh memecoin susulan menunjukkan pendakian baik dari awal tahun terutamanya memecoin Solana (SOL) yang mewujudkan gembar-gembur sangat besar.
1. Dogwifhat (WIF)
WIF yang kini didagangkan pada paras $2.72 telah menjana keuntungan terbesar kira-kira 2008.32% sejak pelancarannya susulan memiliki modal pasaran lebih $2 bilion dan volum dagangan $874 juta.
2. Pepe Coin (PEPE)
Prestasi terbaik PEPE bagi Mei 2024 telah menyebabkan YTD meningkat sehingga 975.65%, di mana pada masa ini harganya berada pada $0.00001241 dengan modal pasaran $5.2 bilion dan volum dagangan $1.95 bilion.
3. Floki Inu (FLOKI)
Selain capai kemajuan baik sehingga peroleh 770.74% pada masa ini, memecoin berasaskan anjing itu menetapkan paras tertinggi sepanjang masa hanya tiga hari lalu dengan harganya yang berada pada $0.0002733 telah memiliki modal pasaran $2.6 bilion.
4. JasmyCoin (JASMY)
JASMY yang merupakan token utiliti telah menjana 558% dalam keuntungan dan menyasarkan bagi mencapai $4.99 dalam jangka panjang sungguhpun kini harganya masih berada pada $0.03 dengan modal pasaran lebih $1 bilion.
5. Nervos Network (CKB)
Susulan memulih pada awal Mei 2024, CKB yang berada pada paras $0.01 dengan modal pasaran lebih $696 juta telah memperoleh 393% dalam YTD.
6. Pendle (PENDLE)
Selepas menetapkan paras tertinggi sepanjang masa pada $7.52 pada April 2024, PENDLE yang kini didagangkan pada $5.49% telah memperoleh 387% keuntungan yang menjadikannya modal pasarannya $856 juta.
7. Arweave (AR)
Harga AR yang menjana 331.7% telah didagangkan pada $37.44, tetapi masih jauh 60% daripada sasaran tertinggi sepanjang masanya $90.94. Namun jika kenaikannya berterusan, AR mungkin mencapai paras itu menjelang akhir tahun ini.
8. Core (CORE)
CORE yang berada pada paras $1.71 dengan modal pasaran lebih $1 bilion telah mencapai sepuluh kripto teratas dan keuntungan 251% dalam beberapa bulan sahaja.
9. Toncoin (TON)
Dengan kerjasama berterusan dengan Telegram, harga TON yang berjaya memperoleh 221% telah mencipta paras tertinggi sepanjang masa pada $7.78.
10. Fetch.ai (FET)
Permintaan Artificial Intelligence (AI) yang kian meningkat telah menyebabkan kripto berasaskan AI FET yang berada pada paras $1.72 memperoleh keuntungan sebanyak 197% sejak beberapa bulan lalu.