Selepas capai paras tertinggi terbaru dalam tempoh 1 tahun, corak penurunan harga kembali dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu lalu.
Pound tertekan apabila data jualan runcit UK yang diterbitkan pada Jumaat menunjukkan penguncupan untuk bulan Jun dengan catatan -1.2% adalah lebih rendah berbanding ramalan -0.6%.
Ditambah pula dengan situasi pemulihan semula US dolar menuju dagangan ke penghujung minggu, harga pada carta GBP/USD semakin ditekan jatuh.
Jika pada Rabu lalu harga telah mencapai paras tertinggi terbaru pada 1.30400, penurunan berlaku semula sehingga mencecah paras 1.2900 yang merupakan zon tumpuan harga.
Reaksi harga diperhatikan apabila harga sedikit melantun sebaik sahaja menyentuh paras itu pada dagangan sesi-sesi akhir penutup minggu tersebut.
Pergerakan harga perlahan berlegar di zon 1.29000 sehingga pembukaan sesi Asia pagi ini dengan pelabur menilai isyarat bearish harga yang berada di bawah halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya corak penurunan harga masih diteruskan lagi selepas ini, harga bakal menembusi sokongan pada zon 1.29000 sebelum menerjah ke paras yang lebih rendah.
Sasaran adalah untuk menuju semula sekitar 1.28000 dengan petunjuk trend bearish harga yang lebih jelas telah berlaku.
Namun, jika harga berjaya melantun naik semula dari zon 1.29000, halangan MA50 juga berkemungkinan akan dilepasi sebelum harga menuju semula 1.3000 sebagai rintangan terhampir untuk diuji.
Selepas kenaikan lebih tinggi, paras 1.30400 minggu lepas akan dicabar sebelum harga catatkan rekod ketinggian terbaru.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW