Dolar Australia tampilkan reaksi menarik pada sesi Asia ketika tumpuan pasaran terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia.
Reserve Bank of Australia (RBA) seperti yang dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.35% untuk kali ke tujuh mesyuarat berturut-turut.
Berucap pada sidang media selepas pengumuman keputusan kadar, gabenor RBA Michele Bullock mengulas berkenaan dasar monetari.
Data-data ekonomi Australia terbaru tidak begitu mempengaruhi unjuran polisi dan kadar faedah perlu untuk dikekalkan ketika ini.
Ahli lembaga mesyuarat ada berbincang tentang perubahan dasar namun tidak melihat untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada waktu terdekat.
RBA akan bertindak mengikut arah yang berpandukan oleh data-data yang diterbitkan selepas ini.
Dolar Australia melonjak pada awal reaksi keputusan kadar faedah tersebut, namun mula alami penyusutan menilai menuju penghujung sesi.
Sejak minggu lalu bersambung pada awal minggu semalam, dagangan US dolar dilihat lebih baik berbanding US dolar yang merosot.
Pada carta pasangan mata wang AUD/USD juga menyaksikan kenaikan harga yang diteruskan sehingga ketinggian sekitar 0.68700 sebentar tadi.
Namun, harga susut pada pembukaan sesi Eropah petang ini yang dilihat menuju ke arah zon 0.68000.
Sekiranya US dolar kembali bergerak kukuh selepas ini, penurunan harga tersebut boleh dijangkakan untuk berterusan ke paras lebih rendah.
Tumpuan terarah kepada data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini yang akan pengaruhi US dolar.
Sementara, dagangan dolar Aussie pula seterusnya akan dipacu oleh data inflasi Australia yang bakal diterbitkan pada sesi Asia, Rabu esok.
Angka ramalan menunjukkan perbezaan angka yang agak besar, menjangkakan penurunan inflasi Australia yang ketara pada Ogos.