US dolar paparkan prestasi suram ketika dagangan menuju ke penghujung minggu lepas, namun berjaya paparkan pengukuhan pada sesi terakhir minggu tersebut.
Tumpuan utama pasaran terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang mengundang reaksi bercampur US dolar.
Pertambahan pekerjaan pada November meningkat kepada 227,000 menunjukkan angka yang memberangsangkan, namun kadar pengangguran meningkat dari 4.1% kepada 4.2%.
US dolar melemah di awal sesi New York pada Jumaat ketika laporan diterbitkan, namun beransur mengukuhn menuju dagangan ke penutup sesi terakhir itu.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan cubaan kenaikan harga untuk melepasi paras rintangan pada 1.06000.
Namun, selepas melepasi sekitar 30 pips, harga menjunam jatuh semula ke sekitar 1.05500 pada penutup minggu itu.
Pergerakan harga mula perlahan berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang akan diperhatikan pelabur bagi petunjuk arah selanjutnya harga.
Sekiranya terjunan harga diteruskan pada pembukaan awal minggu ini, corak penurunan yang dilanjutkan dijangka akan menghampiri zon tumpuan minggu lalu pada 1.05000.
Susut lebih rendah boleh menekan harga jatuh sehingga ke paras sekitar 1.04000.
Namun, jika berlaku lonjakan semula harga, paras rintangan pada 1.06000 akan cuba untuk ditembusi lagi minggu ini.
Setelah berjaya, harga bakal catatkan paras ketinggian baharu dengan sasaran untuk menuju sehingga ketinggian 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasanan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW