Ringgit melantun tinggi pagi tadi berbanding dolar AS selepas laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) naik lebih tinggi daripada jangkaan dan membuatkan para pelabur tidak senang duduk.
Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit berada pada paras 4.6405 berbanding dolar AS daripada kedudukan nilai 4.6425 semalam.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Rashid berkata laporan CPI dan CPI Teras berlakunya kenaikan tinggi daripada jangkaan pada Disember iaitu pada 3.4% dan 3.9% pada masing-masing berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.2% dan 3.8%.
Walau bagaimanapun, pasaran bon dilihat mempamerkan penurunan dalam hasil dan menguatkan jangkaan para pelabur untuk penurunan kadar faedah.
Hasil Perbendaharaan AS untuk dua dan 10 tahun turun sebanyak 6.0 dan 11 mata asas kepada 4.25% dan 3.97% masing-masing. Manakala, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.04% kepada 102.325 mata.
Katanya lagi, kenaikan data CPI yang tinggi sebahagian besarnya disokong oleh peningkatan dalam sub-indeks pengangkutan kerana kenaikan yang berterusan dalam insurans kenderaan bermotor. Ia telah meningkat sebanyak 20.3% pada bulan Disember kerana premium insurans telah meningkat berikutan kos kemahiran yang tinggi.
Jadi, kenaikan pada data inflasi bukanlah disebabkan oleh permintaan dan trend. Ini boleh terjadi disebabkan oleh pasaran tidak yakin bahawa Fed akan mengubah ramalan berkenan jangkaan pemotongan kadar faedah nanti.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia dibuka lemah berbanding euro, pound Britain dan yen Jepun berbanding semalam.
Malah, mata wang tempatan itu lebih kukuh berbanding kumpulan mata wang Asean. Ia mengukuh ketara berbanding dolar Singapura dan Peso Filipina, namun alami kenaikan sedikit berbanding rupiah Indonesia dan baht Thailand.