Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini kerana para pelabur kekal berhati-hati dengan penilaian terbaru Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat tentang ekonomi di sana.
Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit tergelincir kepada 4.7350 berbanding dolar AS daripada 4.7325 pada penutup semalam.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed mungkin akan meneruskan rancangan mereka dalam mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang bagi menekan kadar inflasi mereka ke arah sasaran dua peratus.
Beliau juga turut berkata bahawa nampaknya terdapat mod penghindaran risiko pada masa ini dengan ekuiti penanda aras dalam pasaran AS jatuh agak cepat malam tadi menjelang keterangan pengerusi Fed kepada Kongres AS malam ini.
Untuk mata wang ringgit, perhatian juga akan diberikan kepada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) di mana mereka akan membincangkan keputusan mereka esok. OPR berkemungkinan kekal stabil pada 3.00 peratus.
Buat masa ini, ahli MPC melihat ekonomi terutamanya mengenai prospek inflasi, perubahan dasar berkaitan cukai dan mata wang yang lebih lemah.
Katanya lagi ringgit berkemungkinan berada dalam julat kecil antara RM4.72 hingga RM4.73 sepanjang hari ini.
Meanwhile, the ringgit traded lower against a group of major currencies.
Mata wang tempatan itu jatuh berbanding pound British kepada 6.0116/0179 daripada 6.0027/0097 pada hari Selasa, susut berbanding euro kepada 5.1370/1424 daripada 5.1348/1407 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1562/1598 daripada 3.1466/1505 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ia lebih tinggi berbanding baht Thailand pada 13.2060/2254 daripada penutupan Selasa pada 13.2119/2320 tetapi susut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.5249/5289 berbanding 3.5209/5253, susut berbanding rupiah Indonesia 300.2/300.6 daripada 300.0/300.5 dan mengecil berbanding peso Filipina kepada 8.46/8.47 daripada 8.45/8.47 semalam.