Bayangkan apa yang boleh anda lakukan dengan tambahan RM200 setiap bulan, makan lebih sedap atau mungkin mula menyimpan lebih banyak?
Mulai 1 Februari 2025, impian ini bakal menjadi kenyataan apabila Perintah Gaji Umum (PGM) menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700.
Menurut UOB Kay Hian Research, kenaikan gaji ini, ditambah dengan pelarasan gaji penjawat awam, dijangka menyuntik RM20.4 bilion ke dalam ekonomi, memberi manfaat kepada lebih 6.05 juta rakyat Malaysia.
Kuasa beli rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, bakal meningkat – dan itulah berita baik untuk peruncit seperti 99 Speed Mart dan MR DIY, yang dijangka meraih keuntungan besar.
Selain itu, RM5 bilion daripada skim pengeluaran Akaun 3 KWSP juga akan meningkatkan daya beli rakyat.
Namun, dengan peluang besar datang cabaran.
Salah satunya, subsidi petrol yang akan ditamatkan secara berperingkat mulai pertengahan 2025.
Walaupun langkah ini dapat menjimatkan RM8 bilion setahun untuk kerajaan, harga minyak di stesen petrol mungkin meningkat, yang bakal memberi kesan pada bajet harian.
Walaupun jualan pengguna pada 2024 dijangka mendatar, penganalisis optimis bahawa wang tambahan ini boleh mengubah landskap ekonomi pada 2025.
Dengan kuasa beli yang lebih besar, adakah ini masa terbaik untuk melonjakkan ekonomi?