“Haih penat-penat, miners tak ada benda lain ke nak buat asyik nak bagi stress kat BTC je.”
Penganalisis bursa mata wang crypto Bitfinex mengaitkan kejatuhan Bitcoin (BTC) pada miners di mana rizabnya makin berkurangan selepas secara berterusan menjualnya and berusaha menyediakan modal termasuk menaik taraf infrastruktur sebagai persediaan acara halving.
Susulan harga BTC mencecah $49,000 disebabkan kelulusan spots BTC ETF di Amerika Syarikat (AS), miners tanpa membuang masa bertindak untuk keluar dan leverage positions mereka.
Semasa BTC berlegar-legar pada $42,800, BTC Miner Reserve iaitu metrik yang mencerminkan jumlah BTC dipegang dalam wallet dikaitkan miners telah merudum ke titik terendah sejak Jun 2021 and kini pegangannya berjumlah 1.826 juta BTC.
Through observation, miners menghantar BTC bernilai $1 bilion ke bursa kripto pada 12 Januari 2024 manakala wallet miner turut merekodkan pergerakan keluar 13,500 BTC pada 1 Februari yang menandakan aliran keluar negatif sejak BTC Miner Reserve dicipta.
Memandangkan miners BTC menjual aset digitanya untuk membiayai kos operasi, majoriti pemegang jangka panjang kekal teguh dan berkeras dalam positions mereka di mana ia memunggah pegangannya pada harga pasaran kripto semasa.
Meskipun begitu, penganalisis Bitfinex mendapati sedikit peningkatan dalam perbelanjaan BTC yang lebih lama terutamanya di kalangan pemegang dalam kategori satu hingga dua tahun.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.33% pada paras $43,129 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $846 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 0.67% sepanjang minggu lepas.