“Hmm entah-entah harga BTC nak turun balik ke $57K, tapi logik ke?”
Merudum sehingga $62,145, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melemah setelah Presiden Federal Reserve (Fed) Bank of Minneapolis Neel Kashkari mencadangkan kadar faedah untuk kekal tidak berubah dalam tempoh berpanjangan.
Memang tidak dinafikan dasar mengekalkan kadar faedah tinggi pada mulanya hanyalah bertujuan mengawal inflasi, tetapi tindakan tersebut telah menjejaskan sentimen para pelabur kripto termasuk saham.
Rentetan itu, pelabur lebih berminat pilih instrumen lebih selamat berbanding kripto susulan kos peminjaman akan meningkat ditambah pula kadar faedah secara konsisten mencanak dan data inflasi diterbitkan minggu lepas mencadangkan kenaikan 2.7% bagi Mac 2024.
Bukan itu sahaja, kejatuhan harga BTC juga mungkin didorong oleh spot BTC ETF berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) digabungkan bersama produk pelaburan aset digital lain yang mencatatkan aliran keluar $251 juta selama empat minggu berturut-turut.
Pelabur bilionair Stanley Druckenmiller yang sungguh percaya gembar-gembur sektor Artificial Intelligence (AI) dapat diatasi dalam jangka pendek telah mencetuskan spekulasi sesungguhnya bubble AI mungkin timbul yang akan memberi kesan negatif pada aset berisiko termasuk kripto.
Seluruh pasaran kripto termasuk BTC turut menghadapi kemunduran apabila Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler menegaskan kebanyakan token adalah sekuriti di bawah undang-undang negara seperti yang ditafsirkan oleh Mahkamah Agung AS.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.69% pada paras $62,538 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan pendakian 3.83% sepanjang minggu lepas.