“Wow bukan biasa-biasa, entah-entah lepas ni Vanguard pula dapat tarik banyak pelabur dalam kripto.”
Pantas mengambil peluang, Vanguard menamakan eksekutif BlackRock Samil Ramji yang menyelia pelancaran iShares Bitcoin Trust (IBIT) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pada petang Selasa semalam.
Dilaporkan, Ramji yang sungguh minat terhadap aset digital telah bertindak meninggalkan BlackRock pada Januari 2024 bagi mencari kepimpinan baharu atau peluang keusahawanan di luar firma gergasi tersebut.
Menurut Ramji dalam satu kenyataan, kerjasama tersebut adalah bertujuan memimpin Vanguard ke masa hadapan susulan landskap pelabur sedang berubah, jadi firma itu perlu berusaha meneruskan misinya yang ingin tawarkan ramai orang peluang terbaik untuk kejayaan pelaburan lebih relevan.
Nate Geraci, Presiden ETF Store berkata bahawa beliau bakal tertarik untuk melihat sama ada Ramji akan membantu pelabur Vanguard mendapatkan akses pada kripto seperti yang pernah dilakukannya untuk BlackRock.
Hal ini kerana Vanguard mempunyai pendirian agak negatif terhadap BTC berbanding Ramji yang sebaliknya, jadi di sini dapat dilihat kejadian itu telah mencetuskan perbualan di media sosial susulan firma itu mungkin sudah mengubah pendiriannya.
Teknologi asas yang menyokong Bitcoin (BTC) dan teknologi blockchain adalah sesuatu yang sangat diterujai, kata Ramji sambil menambah sesungguhnya perkembangan tersebut dapat menghapuskan kelemahan merentasi ekosistem.
Suka dimaklumkan pelantikan Ramji sebagai CEO Vanguard akan menandakan kali pertama firmanya mengupah CEO dari luar syarikat.