“Agak-agak masa raya nanti harga BTC akan naik lagi tinggi tak?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya menyentuh semula $72,716 apabila minat terhadap open interest niaga hadapan BTC melihat peningkatan di mana ia adalah ukuran jumlah bilangan kontrak hadapan atau kontrak options tertunggak dalam sektor aset digital.
Susulan seluruh pasaran kripto mengalami pergerakan turun naik dalam masa 24 jam lepas, terdapat $58 juta positions short telah liquidated dengan liquidations tunggal tertinggi ialah $7.83 juta.
Angka tersebut agak tinggi bagi pasaran kripto lebih luas kerana lebih $121 juta positions short telah liquidated, tetapi perlu diketahui harga Ethereum (ETH) naik 7.61% sepanjang hari lalu biarpun masih ketinggalan di belakang BTC sejak bulan lepas.
Umum mengetahui pakar berpendapat penurunan BTC kira-kira 3% pada minggu lepas mungkin disebabkan oleh aliran keluar pengurus dana kripto Grayscale yang merudum daripada $528 juta kepada $80 juta dalam sehari.
Semua pergerakan disaksikan itu disebabkan jangkaan acara halving BTC yang akan berlaku pada April 2024 dan dari segi sejarah, ini adalah peristiwa kenaikan harga untuk pelabur jangka panjang susulan harga BTC selalunya canak 3,230% selepas setiap halving.
Meskipun begitu, bursa kripto Coinbase memberi amaran kepada pelabur untuk berhati-hati susulan naratif tersebut melihat prestasi masa lalu bukanlah penunjuk untuk kejayaan ataupun prestasi masa hadapan.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.20% pada paras $71,529 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 3.33% sepanjang minggu lepas.