Kelebihan kembali dimiliki oleh US dolar pada dagangan penghujung minggu ini berikutan ketegangan di Timur Tengah yang semakin memuncak.
Dilaporkan Israel telah melancarkan serangan balas pagi ini ke atas Iran selepas beberapa hari perbincangan dilakukan berikutan serangan udara dilancarkan Iran pada hujung minggu lalu.
Ketegangan dijangka akan berlanjutan susulan sebelum ini Iran telah memberi amaran akan mempertingkatkan serangan jika Israel bertindak balas.
Pastinya suasana pasaran berisiko (risk-off) ini akan meningkatkan tarikan terhadap dagangan safe-haven termasuk mata wang US dolar dan aset emas.
Situasi ini telah memberi sokongan tambahan ke atas US dolar yang dilihat telah mula memaparkan pemulihan semula di sesi New York semalam.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan gagal menyentuh paras tumpuan 1.07000 sebelum harga berundur turun semula.
Isyarat perubahan trend bearish harga diperhatikan selepas penurunan berlaku di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Dengan pengukuhan US dolar di sesi Asia pagi ini, harga menyambung penurunan lebih rendah menuju zon support pada 1.06000.
Jika zon tersebut ditembusi pada penutup minggu ini, penurunan lanjut harga akan dijangkakan untuk mencecah pula sekitar 1.05000 bagi rekod terendah yang terbaru tahun ini.
Namun, jika sebaliknya harga membuat kenaikan ke atas semula, rintangan adalah pada 1.07000 untuk diuji dan cuba untuk ditembusi.
Jika tembus ke atas, ini akan menjadi isyarat untuk perubahan trend bullish semula buat harga dengan sasaran akan beralih tumpuan pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG