“Mesti semua orang suka kan kalau kripto tewaskan dolar AS atau ada yang benci?”
Firma gergasi Wall Street Morgan Stanley (MS) mendedahkan penguasaan dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai peneraju sistem kewangan antarabangsa semakin dipersoalkan apabila perubahan arus geopolitik dan twin deficits* negara kian meningkat.
Memang tidak dinafikan mata wang kripto masih di peringkat awal, tetapi ia berpotensi untuk menghakis penguasaan dolar AS dalam kewangan global.
Menurut Andrew Peel, ketua bahagian pasaran aset digital di Morgan Stanley berkata lanskap mata wang mampu berubah ketara disebabkan pertumbuhan minat aset digital seperti Bitcoin (BTC) ditambah pula terdapat kenaikan volum stablecoin dan gembar-gembur mata wang digital bank pusat (CBDC).
Hal ini kerana beberapa negara lebih berminat mencari alternatif lain, ulas Peel sambil menambah peralihan ke arah mengurangkan pergantungan dolar AS adalah jelas dan pada masa sama meningkatkan minat dalam kripto, stablecoin serta CBDC.
Beliau turut berpandangan stablecoin disandarkan pada dolar AS adalah sangat penting susulan ia mungkin sebenarnya dapat menekankan keperluan untuk mata wang fiat.
Evolusi berterusan dan penerimaan aset digital yang semakin meningkat oleh entiti kewangan arus perdana telah menunjukkan potensi mereka untuk mengubah landskap kewangan global secara drastik kemudian mengukuhkan dolar AS sebagai mata wang global yang dominan.
Bagaimanapun, penggunaan stablecoin yang semakin meningkat telah mencetuskan minat meluas dalam CBDC.
Jadi di sini dapat dilihat apabila mata wang digital lebih diterima pakai dan berteknologi maju, mereka mungkin mewujudkan standard bersatu untuk pembayaran rentas sempadan yang boleh kurangkan pergantungan pada pengantara seperti SWIFT dan penggunaan mata wang dominan seperti dolar AS.