“Semua okay tak kalau BTC tewaskan USD? Ke ada yang tak sabar-sabar nak kejadian itu berlaku.”
Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang memecahkan $69,000 semakin menjadi bualan ramai sehingga menyebabkan BTC ETF mengatasi emas sebagai salah satu pilihan pelaburan utama para pelabur, berikut adalah tiga sebab mengapa BTC mampu menggantikan dolar Amerika Syarikat (AS).
Susulan dolar AS tidak menentu, banyak pelabur kini lebih berminat memegang dan menyimpan BTC berbanding kelas aset lain ditambah pula berita tentang BRICS yang mengusahakan mata wang baharu telah memberi kesan negatif pada dolar AS.
Jadi di sini dapat dilihat pelabur pada masa ini ingin mencari simpanan mata wang nilai kukuh yang boleh memaksimumkan pulangannya dan BTC kelihatan seperti pesaing yang menjanjikan keuntungan lumayan berbanding dolar AS.
Selain itu, pelabur turut berminat meneroka BTC sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan kemelesetan ekonomi disebabkan dolar AS yang dikatakan sudah kehilangan kekuatannya pada skala global sejak kebelakangan ini.
Menurut Robert Kiyosaki, pengarang buku terkenal Rich Dad Poor Dad berkata wang dicetak bank pusat seperti dolar AS tidak disokong oleh mana-mana aset ketara boleh dipercayai tetapi bekalan BTC yang terhad nampaknya memberi keuntungan kepada ramai orang.
Bukan itu sahaja, pelabur moden dan tradisional juga sedang mempelbagaikan portfolionya dalam aset digital susulan mereka kini berminat untuk melindungi dirinya daripada kemelesetan dan krisis ekonomi yang semakin meningkat.
Memandangkan BTC tahan terhadap inflasi dan kejutan ekonomi, ia telah diterokai secara aktif sebagai alat kepelbagaian untuk diikuti dan disimpan oleh pelabur sehingga mengakibatkan kuasa beli dolar AS juga menurun.