Dalam satu khabar yang mengejutkan, Sim Leisure Group dari Singapura telah menamatkan perjanjian bersama dengan Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSM) sekaligus membatalkan projek taman tema ESCAPE di Kuala Lumpur.
Dalam makluman kepada Bursa Singapura, pengendali taman tema itu mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis penamatan perjanjian daripada BMSB pada 15 Disember 2024.
Sim Leisure akan menerima deposit keselamatan sebanyak RM350,000 dalam masa 30 hari, namun syarikat itu kini mencari pampasan untuk pelaburan yang telah dibuat.
Di sisi lain, KLCC Property Holdings Berhad (KLCCP) telah memberi penjelasan dengan menafikan laporan dan desas-desus yang mengatakan mereka akan membeli tanah Bandar Malaysia dengan harga lebih RM10 bilion.
KLCCP menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam urus niaga tersebut, sekali gus menutup spekulasi yang mengaitkan syarikat itu dengan beban hutang yang semakin meningkat.
Kedua-dua perkembangan ini menunjukkan ketegangan dalam projek besar yang bakal mengubah lanskap Kuala Lumpur, memberikan perhatian kepada risiko dan peluang dalam dunia hartanah dan pelaburan.