Pound kukuh berbanding US dolar ke paras tertinggi terbaru 30 bulan dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam situasi semasa pasaran ketika ini.
Pound seperti mata wang utama yang lain juga turut mengambil kesempatan ke atas tekanan US dolar yang semakin mengalami penyusutan nilai sejajar dengan keputusan pemotongan kadar faedah agresif oleh Federal Reserve (Fed) minggu lalu.
Namun, pelabur berkemungkinan akan tetap berhati-hati menjelang laporan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis, setelah kadar faedah diumumkan kekal tidak berubah pada minggu lalu.
Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang GBP/USD, sehingga semalam harga galak membuat kenaikan ke paras ketinggian terbaru hingga melepasi paras penting 1.34000.
Harga perlahan menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), namun berlegar di paras puncak terbaru iaitu sekitar 1.34300.
Trend bullish harga dilihat akan masih diteruskan dengan pergerakan harga yang kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jangkaan bagi kenaikan yang diteruskan selepas ini berkemungkinan mampu menyentuh ketinggian terbaru pada 1.35000.
Namun, waspada sekiranya harga susut di bawah paras 1.34000 semula yang boleh menjadi petanda awal untuk perubahan trend berlaku.
Penurunan harga boleh kembali menuju semula ke sekitar 1.33000 atau lebih rendah jika terdapat faktor yang mengubah situasi semasa pasaran.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW