“BTC naik gila-gila sejak beberapa hari ini, harga nak sasar ke mana pula?”
Setelah sekian lama berlegar-legar di bawah $44,000, raja mata wang crypto Bitcoin (BTC) memberi kejutan pada seluruh sektor aset digital apabila harganya akhirnya berjaya menembusi $50,000 pada 12 Februari semalam.
Hal ini kerana aliran masuk wang yang besar ke dalam spots BTC ETF didapati semakin meningkat, di mana pasaran kripto melihat dana baharu lebih $1.1 bilion dan ini menggambarkan kecenderungan para pedagang institusi yang kian berminat terhadap BTC.
Options market turut mempengaruhi sentimen kenaikan harga BTC susulan pelabur secara aktif meletakkan positions untuk harga yang lebih tinggi ditambah pula terdapat aktiviti ketara sekitar $50,000 hingga $75,000 bagi beberapa bulan akan datang.
Temporarily pasaran niaga hadapan telah menunjukkan momentum kenaikan harga BTC diturut serta peningkatan open interest termasuk premium shifts yang positif, jadi di sini dapat dilihat tahap open interest tertinggi sejak Disember 2021 memperlihatkan penyertaan pasaran kripto yang kukuh.
Not only that, entiti berpengaruh sepanjang tiga minggu lalu telah membeli 140,000 BTC bernilai $6.16 bilion yang mengejutkan sehingga mencetuskan keterujaan dan keraguan di kalangan peserta pasaran kripto.
Namun, pasaran kripto kekal berwaspada terhadap potensi turun naik dan corrections follow up peningkatan jumlah jualan baru-baru ini serta permulaan positions short pada $50,000 menunjukkan sesetengah traders menjangkakan price adjustment akan berlaku.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.41% pada paras $50,107 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $983 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 17.47% sepanjang minggu lepas.