Perjalanan trend bullish pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula terjejas apabila harga dilihat ditekan jatuh pada dagangan Rabu semalam.
Ini didorong oleh faktor pemulihan semula mata wang US dolar dari penyusutan nilai yang berterusan sebelum ini sejak minggu lalu lagi.
Namun, penganalisis melihat situasi tersebut hanyalah sementara berikutan US dolar masih dijangka akan bergerak lemah selepas ini dengan petunjuk yang mengarahkan kepada pelonggaran dasar monetari yang berterusan oleh Federal Reserve (Fed).
Ahli-ahli Fed majoritinya menyokong langkah pelonggaran dasar dan menjangkakan bakal ada beberapa lagi pemotongan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya.
Pound berundur turun selepas berjaya mencatatkan paras tertinggi terbaru 30 bulan.
Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang mula berubah arahnya semalam.
Pada mulanya, kenaikan berjaya diteruskan hingga melepasi paras 1.34000 untuk catatan ketinggian terbaru itu sebelum momentum mula pudar.
Harga membuat penurunan dan gagal untuk kembali berada di atas paras 1.34000 semula dengan lanjutan penurunan di penghujung sesi New York mencecah sekitar 1.33200.
Harga yang berada semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu menjadi petunjuk awal untuk trend bearish bermula.
Sekiranya harga susut lebih rendah di bawah zon 1.33000 selepas ini, semakin kuat jangkaan untuk corak penurunan harga untuk dilanjutkan.
Sasaran seterusnya adalah untuk harga kembali ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.32000.
Namun jika harga berjaya membuat kenaikan semula untuk berada di atas 1.34000, berkemungkinan corak bullish seperti sebelum ini bakal diteruskan kembali.
Untuk kenaikan bagi mencapai ketinggian terbaru, zon 1.35000 dilihat sebagai antara kawasan ‘panas’ yang akan menjadi tarikan harga.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW