Siapa sangka jenama bekas makanan yang popular turut sama melalui detik getir sehingga terpaksa melayangkan bendera putih di Australia.
Tupperware telah mengumumkan akan menghentikan pengeluaran dan penjualan di negara ini, sebagai sebahagian daripada langkah selepas mengumumkan kebankrapannya secara rasmi.
Langkah ini dijangka bakal memberi kesan kepada kira-kira 10,000 perunding jualan dan 300 pekerja gudang yang mungkin kehilangan pekerjaan.
Namun begitu, jenama yang terkenal dengan produk penyimpanan makanan ini kini akan memberi tumpuan kepada pasaran teras seperti AS, Kanada, Mexico, Brazil, China, India, Korea, dan Malaysia, meninggalkan Australia.
Tupperware, yang kini dimiliki oleh Party Products berpusat di Amerika Syarikat, mengalami masalah kewangan akibat persekitaran ekonomi yang sukar dan penurunan jualan.
Syarikat ini telah menarik diri dari New Zealand pada tahun 2022, dan kini kehadirannya di Australia akan turut berakhir.
Walaupun operasi di Australia terpaksa dihentikan, Tupperware akan terus beroperasi di pasaran global yang lain, di mana pelanggan masih boleh membeli produk melalui perunding jualan, portal atau kedai dalam talian, dan rakan runcit.