Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY di permulaan 2024, minggu pertama telah menyaksikan perubahan arah harga yang berbeza berbanding penghujung 2023 lalu.
Sejak November, pergerakan bearish harga berterusan untuk 7 minggu berturut-turut dari paras tertinggi 151.900 sehingga mencecah 140.300 di penghujung Disember.
Minggu lalu yang menjadi pembukaan tahun 2024 melihatkan harga tidak meneruskan corak penurunan, sebaliknya mula paparkan lonjakan semula sehingga ke paras ketinggian 146.00.
Situasi ini menunjukkan pergerakan mata wang US dolar yang memulih semula berbanding Yen dan memberi isyarat perubahan trend untuk Januari.
Ini disebabkan pergerakan harga yang mula bergerak semula di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Namun, menyambung dagangan pada awal minggu ini pula, harga sedikit susut sehingga penurunan kembali menyentuh paras 143.500 setakat dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa).
Pelabur kembali berwaspada berikutan harga mula bergerak di bawah halangan MA50 yang boleh menjadi petunjuk awal untuk trend bearish penghujung 2023 yang lalu berkemungkinan diteruskan semula.
Paras 143.500 dilihat sebagai sokongan semasa dengan harga sedikit meningkat pada pergerakan di awal sesi Eropah hari ini.
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan melepasi semula halangan MA50, zon rintangan pada 146.00 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji.
Melepasi zon itu akan membuatkan harga catat paras ketinggian terbaru 5 minggu menuju sasaran seterusnya pada 147.00.
Namun jika harga susut di bawah paras 143.500, pergerakan bearish bakal diteruskan dengan risiko kejatuhan harga hingga sekitar 140.500.
See the picture of the price chart of the USD/JPY pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW