US dolar kekal bergerak perlahan selepas laporan minit mesyuarat FOMC terbaru diterbitkan, namun masih menunjukkan corak peningkatan nilai.
Meneliti butiran minit, majoriti ahli Federal Reserve (Fed) bersetuju dengan tindakan pemotongan kadar faedah yang agresif pada September lalu.
US dolar tidak menunjukkan reaksi ketara selepas minit diterbitkan, berikutan pelabur kekal berwaspada menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk diterbitkan pada sesi New York malam ini (Khamis).
Jika diteliti pada pergerakan di carta pasangan mata wang EUR/USD, harga walaupun bergerak perlahan namun tetap mencatatkan paras terendah terbaru lagi.
Susut sehingga ke penghujung dagangan sesi New York, harga cecah sekitar paras 1.09400 dengan mengekalkan corak bearish yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Arah pergerakan harga selanjutnya akan ditentukan pada reaksi pasaran apabila menilai angka inflasi AS terbaru yang turut menjadi panduan Fed untuk penetapan dasar monetari mereka.
Jika US dolar terus mengukuh menambahkan tekanan terhadap mata wang Euro, penurunan lebih rendah dijangka berlaku menuju zon tumpuan 1.09000.
Sebaliknya lonjakan harga boleh berlaku jika data yang diterbitkan mendorong penyusutan nilai US dolar.
Harga yang naik melepasi halangan MA50 seterusnya dilihat akan cuba untuk menguji paras 1.10000 sebagai rintangan terhampir.
Jika berjaya akan menjadi isyarat bagi perubahan trend semula dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi untuk diteruskan hingga paras 1.11000 dan 1.12000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW