Syarikat aplikasi selfie terkenal China, Meitu Inc., telah membuat langkah bijak menjual semua pegangan kriptonya sekaligus memperoleh keuntungan yang besar!
Dengan menjual 940 bitcoin dan 31,000 ether, syarikat ini mengaut sebanyak $79.63 juta (RM356 juta), menerusi laporan daripada South China Morning Post (SCMP).
Sebanyak 80% keuntungan ini akan diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen khas pertengahan 2024, sementara bakinya digunakan sebagai modal operasi.
Langkah ini merupakan satu tindakan yang tepat pada masanya, kerana bitcoin melonjak lebih 130% tahun ini, melepasi paras $100,000 buat pertama kali dipacu oleh pemilihan semula Donald Trump dan dasar pro-kriptonya, termasuk melantik penyokong blockchain Paul Atkins sebagai ketua SEC.
Meitu, yang melabur $100 juta dalam kripto pada 2021, kini memberi fokus kepada produk AI untuk masa depannya.
Saham syarikat ini turut naik 3.15% pagi ini kepada HK$2.95, walaupun masih jauh dari harga debutnya pada 2016.
Bitcoin terus menjadi perhatian, dan keputusan Meitu untuk menjual pada waktu kemuncaknya membuktikan betapa pentingnya strategi yang tepat dalam dunia pelaburan!