Emas kekalkan arah pergerakan stabil sejak awal minggu walaupun hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kukuh dan penurunan dagangan mata wang dolar AS secara meluas.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2,639.44 iaitu turun 0.18% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Bullion melanjutkan keuntungannya apabila para peniaga mengetepikan data pekerjaan JOLTS AS yang optimistik daripada Jabatan Buruh AS.
Bilangan pembukaan pekerjaan baharu di Amerika Syarikat meningkat secara mendadak dan menunjukkan bahawa angka buruh kekal kukuh.
Minggu ini, data pekerjaan AS untuk November akan didedahkan pada Tuntutan Awal Pengangguran dan Non-Farm Payroll (NFP) yang berpotensi menjadi petunjuk besar buat Fed laksanakan pelonggaran dasarnya pada mesyuarat FOMC Disember nanti.
Fed San Francisco, Mary Daly berkata ekonomi AS berada di landasan yang baik kerana inflasi semakin menuju 2% dan pasaran buruh kekal kukuh. Fed perlu menstruktur semula dasar kewangan berdasarkan keluaran data-data terkini pada bulan Disember.
Gabenor Fed, Adriana Kugler mengulas bahawa pasaran buruh positif dan melihat kedudukan ekonomi dalam keadaan baik selepas mencapai kemajuan dalam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, Fed masih perlu berjaga-jaga ke atas perubahan data-data sebelum menentukan keputusan pada mesyuarat akan datang.
Menuju penghujung minggu ini, ekonomi AS akan menampilkan ucapan pegawai Fed termasuk Jerome Powell, pekerjaan ADP, PMI Perkhidmatan S&P dan angka Non-Farm Payroll (NFP).