Emas bergerak positif pada dagangan Isnin di saat pasaran berada dalam mod berhati-hati apabila pasaran mengalihkan perhatian mereka kepada data ekonomi CPI AS yang bakal diterbitkan pada minggu ini.
Tepat jam 9.25 pagi, harga emas berada pada paras $2,664.77 iaitu naik 0.17% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Pada Jumaat lepas, laporan NFP menunjukkan bilangan pekerjaan meningkat daripada jangkaan untuk November kepada 227,000 berbanding jangkaan 220,000.
Menurut penganalisis, pasaran buruh yang kukuh bakal menguatkan keyakinan Fed untuk mengurangkan kadar faedah dengan peluang setinggi 85% pada mesyuarat FOMC Disember nanti.
Selain itu, menjelang kenaikan Presiden Donald Trump pada Januari 2025 bakal mencetuskan perang perdagangan global yang agresif apabila penetapan tarif yang tinggi, peningkatan perbelanjaan kerajaan dan pemotongan cukai besar-besaran.
Di penghujung minggu, China telah pun membalas ancaman Trump dengan satu kenyataan yang memberi isyarat bahawa Bank Rakyat China (PBOC) telah menyambung semula pembelian emas untuk Fed selepas penghentian enam bulan.
Taktikal pembelian semula logam berharga oleh PBOC digunakan untuk menghalang Amerika Syarikat mendominasi pasaran dengan menggunakan dolar AS sebagai senjata politik.
Walau bagaimanapun, potensi inflasi yang lebih tinggi, pemotongan cukai dan defisit belanjawan yang lebih besar di samping kebimbangan terhadap kebergantungan dolar AS akhirnya boleh menyebabkan harga emas terus disokong lebih baik pada tahun akan datang.