Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (3 Mac 2025)
PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam) – Angka tinjauan bagi sektor pembuatan di Amerika diramal masih kekal stabil di atas paras 50 mata. Penurunan ketara angka boleh mengundang kejatuhan nilai dagangan US dolar dalam pasaran di awal minggu.
RABU (5 Mac 2025)
KDNK Australia (8.30 Pagi) – Pertumbuhan ekonomi Australia untuk suku terakhir 2024 lalu dijangka lebih cemerlang untuk catatkan sedikit peningkatan kepada 0.5% berbanding 0.3% sebelum ini.
Data Pekerjaan ADP (9.15 Malam) – Memberi petunjuk awal untuk laporan di penghujung minggu, pelabur akan meneliti dahulu laporan pekerjaan swasta di Amerika bagi bulan Februari. Ramalan angka adalah perlahan selepas peningkatan bulan sebelumnya.
PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam) – Tinjauan terhadap sektor bukan pembuatan di Amerika pula bakal kukuh dengan jangkaan angka untuk meningkat bagi Februari.
KHAMIS (6 Mac 2025)
Mesyuarat Polisi ECB (9.15 Malam) – Bank pusat Eropah bakal meneruskan lagi langkah pelonggaran dasarnya dengan jangkaan pemotongan 25 mata asas kadar faedah terbaru. Kadar faedah bakal turun kepada 2.65% dari 2.90% sebelum ini.
JUMAAT (7 Mac 2025)
Data Pekerjaan Kanada (9.30 Malam) – Pelabur berwaspada dengan jangkaan laporan yang suram untuk pekerjaan Kanada bagi bulan Februari. Pertambahan pekerjaan dijangka perlahan sekitar 17,800 berbanding 76,000 dicatatkan bulan sebelumnya manakala kadar pengangguran diramalkan kembali meningkat semula kepada 6.7% daripada penurunan 6.6%.
Data Pekerjaan NFP AS (9.30 Malam) – Menjadi tumpuan utama pada minggu ini, laporan pekerjaan Amerika untuk bulan Februari akan diteliti pasaran. Beberapa komponen termasuk pertambahan pekerjaan, purata gaji dan kadar pengangguran akan diberikan perhatian oleh Federal Reserve untuk penilaian sebelum menetapkan dasar monetari.