Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (17 Mac 2025)
Data Jualan Runcit AS (8.30 Malam) – Meneliti petunjuk untuk situasi perbelanjaan di Amerika, jualan runcit pada Februari diramal baik selepas bacaan merosot pada bulan sebelumnya.
SELASA (18 Mac 2025)
Data Inflasi Kanada (8.30 Malam) – Ketika bank pusat Kanada rancak meneruskan tindakan pemotongan kadar faedah, petunjuk baru pada indeks harga pengguna Februari boleh pengaruhi keputusan mesyuarat selanjutnya.
RABU (19 Mac 2025)
Mesyuarat Polisi BOJ (Sesi Asia) – Pasaran menjangkakan bank pusat Jepun kini berada dalam peralihan fasa pengetatan dasar monetari selepas beberapa kali menaikkan kadar faedahnya. Terbaru, kadar faedah dijangka untuk dikekalkan pada 0.50%.
KHAMIS (20 Mac 2025)
Mesyuarat FOMC (2.00 Pagi) – Tumpuan akan terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC dengan kadar faedah dijangka kekal pada 4.50%. Kenyataan susulan oleh Pengerusi Federal Reserve mainkan peranan penting untuk membentuk hala tuju pasaran.
Data Pekerjaan Australia (8.30 Pagi) – Selepas catat kenaikan positif pada Januari lalu, pertambahan pekerjaan di Australia diramalkan sedikit perlahan untuk Februari. Kadar pengangguran pula dijangka tidak berubah.
Data Pekerjaan UK (3.00 Petang) – Kesihatan sektor buruh di UK akan dinilai menerusi laporan pekerjaan terbaru yang akan menunjukkan bacaan bagi kadar pengangguran, indeks purata upah dan tuntutan faedah tidak bekerja.
Mesyuarat Polisi SNB (4.30 Petang) – Bank pusat Switzerland dijangka bakal menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.25% daripada 0.50% sebelum ini. Ini akan menjadikan pemotongan kadar faedah kali ke-5 mesyuarat berturut-turut.
Mesyuarat Polisi BOE (8.00 Malam) – Setelah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Februari lalu, bank pusat England dijangka untuk mengekalkan kadar faedah pada 4.50% itu untuk mesyuarat Mac ini.
JUMAAT (21 Mac 2025)
Data Jualan Runcit Kanada (8.30 Malam) – Tahap perbelanjaan di Kanada akan diukur pada laporan jualan runcit terbaru yang akan diterbitkan di penghujung minggu. Bacaan bulanan untuk Februari dijangka merosot selepas bacaan yang meningkat berjaya dicatatkan bulan sebelumnya.