Harga emas kekal bertahan di dagangkan di atas paras $2,900 sehingga ke penghujung minggu ini selepas kenaikan pada Selasa lalu telah melepasi paras tersebut.
Walaupun tidak menunjukkan peningkatan lanjut harga, namun penganalisis melihat tarikan terhadap aset emas kekal baik dalam suasana pasaran yang berisiko.
Perang tarif reda seketika apabila Khamis semalam, Presiden Donald Trump sekali lagi menangguhkan tarif Mexico dan Kanada setelah baru beberapa hari sahaja tarif itu berjalan semula.
Tumpuan di penghujung minggu terarah kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan turut mempengaruhi pergerakan semasa harga emas.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, paras 2900.00 dilihat mengekang beberapa kali cubaan untuk penurunan harga dari berlaku.
Sehingga ke sesi Asia pagi ini (Jumaat) juga, paras tersebut terus diuji namun harga melantun semula.
Pergerakan harga kekal perlahan di atas 2900.00 menuju pembukaan sesi Eropah sambil harga menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya harga mampu keluar dari zon mendatar beberapa hari ini, paras tertinggi mingguan terbaru bakal dicatatkan selepas mengatasi paras pada Rabu lalu sekitar 2930.00.
Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan bakal hampiri semula zon puncak pada 2950.00 dengan potensi untuk memecahkan rekod all-time high (ATH) lalu.
Sebaliknya, jika berlaku terjunan harga di bawah paras 2900.00, berkemungkinan dagangan emas akan berakhir suram di penutup minggu ini.
Seterusnya, zon 2880.00 bakal dilepasi dengan penurunan harga yang diteruskan sebelum paras terendah minggu lepas yang dicecah sekitar 2833.00 bakal diuji.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK