Emas sekali lagi mencipta sejarah baharu dengan kenaikan harga ke paras tertinggi sepanjang masa (all-time high) pada $2,830 semalam.
Trend positif pada corak pergerakan harga emas masih dikekalkan sejak beberapa minggu ini sementara penganalisis menilai kesan dari perkembangan isu tumpuan dalam pasaran terutamanya pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald Trump.
Selepas mengumumkan tarif ke atas Kanada, Mexico dan China pada hujung minggu lalu, Kanada terus membalas tarif balasan ke atas Amerika Syarikat (AS).
Terbaru, China juga mengumumkan tarif tambahan kepada AS setelah Trump tangguhkan tarif ke atas Kanada dan Mexico untuk tempoh 30 hari.
Memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menunjukkan penurunan pada pembukaan awal minggu semalam.
Setelah menghampiri zon 2770.00, harga kembali melantun ketika US dolar hilang momentum pengukuhan susulan penangguhan tarif Trump ke atas Kanada dan Mexico mereda.
Harga emas kembali melepasi paras 2800.00 dan kemudiannya mencapai 2830.00 yang menjadi puncak terbaru buat emas.
Setelah itu, pergerakan harga mula mendatar sehingga menyambung dagangan di sesi Asia dan Eropah hari ini (Selasa).
Harga kekal berlegar di atas zon 2800.00 dan berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD masih menunjukkan isyarat bullish buat emas.
Jika corak dikekalkan, emas akan terus mencatatkan paras tertinggi terbaru lagi minggu ini sehingga terdapat faktor yang menjatuhkan emas semula.
Sekiranya susut di bawah paras 2800.00, pelabur akan mula berhati-hati.
Penurunan dilanjutkan hingga menembusi bawah paras 2770.00 akan menjadi amaran untuk kejatuhan lebih parah buat emas.
Seterusnya, zon 2720.00 akan menjadi tumpuan jika penurunan harga emas dilanjutkan dengan isyarat perubahan trend yang jelas.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.