Dagangan emas melanjutkan pengukuhan ke paras lebih tinggi lagi hari ini (Rabu) mengekalkan corak cemerlang yang telah dipamerkan pada minggu lalu.
Situasi penyusutan US dolar yang berterusan sejak awal minggu semakin membuka ruang kepada emas untuk bersinar lebih terang.
Setelah berjaya melepasi paras $2,700, harga telah meneruskan kenaikan dan turut mengatasi paras ketinggian pada minggu lalu.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhatikan selepas Donald Trump kini sudah memulakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu.
Perlahan di paras 2720.00 semalam, harga kemudiannya melantun naik menyambung kenaikan mencapai paras 2745.00 di sesi New York.
Kenaikan diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) hingga ketinggian 2758.00 dicapai sebelum sedikit berundur ke pembukaan sesi Eropah.
Pergerakan harga kekal pada trend bullish yang bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah mencapai 2770.00 bagi rekod tertinggi terbaru 12 minggu.
Jika harga emas menjunam, paras 2720.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk harga memberi reaksi pada zon RBS (resistance become support) itu.
Jatuh lebih rendah akan memberi isyarat bearish untuk harga emas berisiko susut berkemungkinan menuju semula sekitar 2670.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.