Pelabur emas kembali menarik nafas lega apabila melihat corak pergerakan harga untuk logam kuning itu semakin positif semula menuju dagangan penghujung minggu.
Pada Selasa lalu, harga emas telah berjaya merekod paras paling tinggi dalam sejarah di puncak $2,942 sebelum mula menunjukkan penurunan di bawah paras $2,900 bersambung dagangan Rabu semalam.
Pelabur berhati-hati dengan isyarat awal untuk kejatuhan semula harga selepas beberapa minggu berjaya mengekalkan trend bullish.
Namun, emas dilihat kembali didagangkan meningkat semula selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga berubah arah membuat kenaikan semula melepasi paras 2900.00.
Kenaikan yang dilihat turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut kembali memberi isyarat untuk pergerakan bullish semula.
Kenaikan perlahan harga di sesi Asia pagi ini mencapai sekitar 2920.00 sebelum harga mendatar di awal sesi Eropah.
Sekiranya corak kenaikan itu mampu diteruskan, harga boleh mencapai semula ketinggian pada Selasa lalu.
Dan jika tarikan terhadap aset emas kekal tinggi, harga boleh pecahkan rekod tertinggi baharu lagi sebelum minggu ini berakhir.
Namun jika harga kembali bergerak di bawah paras 2900.00, berkemungkinan boleh menjadi isyarat untuk penurunan semula harga.
Setelah petunjuk jelas yang mendorong kejatuhan emas, harga boleh menuju sehingga sekitar 2850.00 hingga ke zon 2800.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.